Selling tu bolehlah tahan. Setiap hari ada juga rezeki yang masuk. Tempahan printing dan cenderahati pun ada peminatnya tersendiri. Kalaulah aku ni jutawan...malas dah nak kerja....nak jaga kedai saja sambil beramal.....
WE ALWAYS OFFER THE BEST DEAL
Wednesday, November 16, 2011
1 bulan 18 hari Eco Store dibuka - 16 November 2011
Sudah sebulan 18 hari kedai Eco Store dibuka. Tapi banyak hari juga kedai ni terpaksa ditutup. Kadang2 aan nak rehat, kadang2 tu dia tak sihat pula. Macam2 dugaan yang datang bila nak mula perniagaan ni. Hanya menu SABAR yang selalu menemani dan harap ia akan terus menemani dengan setia sehingga ke akhir hayat.
Monday, November 7, 2011
29/09/2011 - .7/11/2011 GENAP 4O HARI KEDAI ECO STORE DIBUKA
Alhamdulillah......hari ini genap 40 hari kedai ECO STORE dibuka. Rezeki datang berkunjung juga akhirnya. Kadang-kadang dapat jual sikit, kadang2 dapat banyak dan kadang2 ada juga langsung tak ada jualan tapi dapat bisness lain pula. Ada tempahan untuk buat kad kahwin, cenderahati, cetak sijil, ID card dan lain-lain berkaitan printing. Syukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan......
Saturday, October 1, 2011
Dunia perniagaan banyak menuntut pengorbanan......MASA, PERASAAN DAN SUDAH SEMESTILAH WANG RINGGIT....
Dah masuk hari ketiga kedai ECO STORE dibuka, orang hanya masuk untuk tengok-tengok dan tanya2.....dan belum ada lagi hati2 yang terbuka untuk membeli barangan yang dipamerkan. Baru tiga hari kita dah terasa memasuki dunia perniagaan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi yang hairannya apabila kita melihat orang2 berniaga tu macam mudah sahaja.....macam senang sahaja.....rupanya apabila kita dah masuk ke gelanggangnya barulah kita tau .....pahit manis berniaga. Tapi tak apalah dulu.....SABAR....itulah saja yang mampu kita luahkan demi memujuk hati sendiri.......mujurlah Aan yang jaga kedai....kalau kita ambil pekerja luar....tak taulah ceritanya pulak.....sebab kita terdedah dengan risiko.....
Petang semalam saya ke kedai Matahari....tanyalah kepada kakak tu mana pekerja2nya yang bantu jaga kedai....kakak tu kata......sejak balik Hari Raya hari tu terus tak balik2 sampai sekarang.....dan ada pulak pekerjanya tu....diam2 berhenti dan siap curi pulak barang2 yang ada di kedai tu...mujurlah kedai tu hanya menjual alat tulis dan majalah.....kalaulah kedai Transit ni yang jual macam2 barangan wanita.....macamanalah ceritanya tu......tak dapat nak bayangkan.....ya ALLAH.....lindungilah kami.......
Satu kes lagi......menantu kakak tu menjual baju dan aksesori wanita......pekerjanya tu tinggalkan kedai setelah mengambil baju dan barang2 yang di kedai tu. Mujurlah di Labuan aman sikit....jika tak ada orang di kedai tu pun taklah ada yang sampai hati menceroboh masuk ambil barang orang.......
Kesimpulannya....kalau nak buka kedai tu....bukan saja buka kedai yang kita kena fikir tapi kita kena fikir yang jaga kedai itu nanti....dan ia mestilah dikalangan keluarga sendiri......kerana bukanya senang mencari orang yang amanah, jujur dan bertaqwa.
Wednesday, September 28, 2011
BUKA KEDAI DENGAN RASMINYA HARI INI - 29 SEPTEMBER 2011 BERSAMAAN 1 ZULKAEDAH 1432
Lebih kurang jam lapan pagi kami bertolak dari rumah ke kedai ECO STORE. Sampai di sana kedai dan gerai2 orang lain sudah siap dibuka dengan meriahnya. Bersama Aan buat pertama kalinya kedai dibuka dengan rasminya. Saya menemankan Aan lebih kurang satu jam sebelum ke tempat kerja. Lebih kurang jam 1.45 petang saya ke kedai setelah membuang masa lebih kurang setengah jam mencari parking. Alahai.....sabar sajalah......Saya ke kedai untuk menggantikan Aan sekejap untuk menunaikan solat dan makan tengah hari (bekal yang dibawa dari rumah). Lebih kurang jam dua saya pun beredar.
SUSUN BARANG DI KEDAI - 28 SEPTEMBER 2011 (MALAM)

Purse untuk wanita (RM30.00, RM25.00 dan RM20.00)
Minyak Gamat RM5.00, Butang baju melayu RM2.90 dan RM2.50

kipas Angry Bird untuk travelling RM6.00


urut elektrik (guna charger atau bateri) RM15.00
(sesuai untuk travelling, boleh urut2 betis, kaki dan tangan setelah letih berjalan)

lampu untuk study sesuai untuk kanak2 harga RM25.00
Saturday, September 24, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)

