WE ALWAYS OFFER THE BEST DEAL

Wednesday, September 28, 2011

BUKA KEDAI DENGAN RASMINYA HARI INI - 29 SEPTEMBER 2011 BERSAMAAN 1 ZULKAEDAH 1432

Lebih kurang jam lapan pagi kami bertolak dari rumah ke kedai ECO STORE. Sampai di sana kedai dan gerai2 orang lain sudah siap dibuka dengan meriahnya. Bersama Aan buat pertama kalinya kedai dibuka dengan rasminya. Saya menemankan Aan lebih kurang satu jam sebelum ke tempat kerja. Lebih kurang jam 1.45 petang saya ke kedai setelah membuang masa lebih kurang setengah jam mencari parking. Alahai.....sabar sajalah......Saya ke kedai untuk menggantikan Aan sekejap untuk menunaikan solat dan makan tengah hari (bekal yang dibawa dari rumah). Lebih kurang jam dua saya pun beredar.

SUSUN BARANG DI KEDAI - 28 SEPTEMBER 2011 (MALAM)

Purse untuk wanita (RM30.00, RM25.00 dan RM20.00)
Minyak Gamat RM5.00, Butang baju melayu RM2.90 dan RM2.50

kipas Angry Bird untuk travelling RM6.00


urut elektrik (guna charger atau bateri) RM15.00
(sesuai untuk travelling, boleh urut2 betis, kaki dan tangan setelah letih berjalan)

lampu untuk study sesuai untuk kanak2 harga RM25.00


Malam tadi bersama eby dan aan kami ke kedai membawa barang2 jualan dan menyusun rapi di meja kaca yang dihantar petang tadi. Apabila semuanya telah disusun, nampak barang2 jualan kami rupanya sedikit sahaja. Mujurlah cermin kaca tu siap sebelum kedai dibuka, kalau almari kaca tu tak sampai, memang luculah keadaan kedai ECO STORE kami ini. Walaupun begitu cita2 eby tetap diteruskan dan tak boleh undur ke belakang lagi dan kami ahli keluarga tetap menyokong dari belakang. Semoga nanti anak2 akan berjaya walau dalam apa bidang sekali pun kerana ALLAH maha mengetahui segalanya dan semua rezeki hambanya sudah tertulis sejak azali lagi. Syabas anak2ku......semoga ALLAH memberi rezeki yang melimpahruah........

Saturday, September 24, 2011

PROSES PENYEDIAAN kedai ECO STORE

Duduk sambil memikirkan perancangan selanjutnya

Mengecat dinding dari warna orange kepada hijau muda