WE ALWAYS OFFER THE BEST DEAL

Monday, February 11, 2013

CUIT SIKIT

Dalam tempoh lebih kurang 4 bulan CB beroperasi macam2 pengalaman dan kesulitan kecil terpaksa dilalui. Mungkin itulah yang biasa dirasai oleh kebanyakan orang2 bisnes. Namun Alhamdulillah.... ALLAH sentiasa hadir mempermudahkan urusan.

Begitu juga di ES macam2 pengalaman dilalui dan yang menjadi sejarah ialah tercabutnya rak di dinding dimana pelbagai cenderahati dan barang yang disusun jatuh bertaburan. Mujur meja cermin masih gagah berdiri walaupun 1 cermin terbuka dengan sendirinya tapi tidaklah pecah.

Dalam hati rasa mau menjerit melepaskan stress di dada tapi yang keluar tetap doa kepada ALLAH mensyukuri hikmah yang mengandungi seribu makna.




Tuesday, February 5, 2013

ECO IN THE HOUSE


payung pelbagai warna menarik , t shirt kanak2

kain2 ela harga berpatutan juga ada dijual di sini


sample cenderamata untuk tempahan



rantai tangan, rantai leher, loket dan anting2

rantai leher kecil dan besar


minyak gamat, minyak panas, minyak urut afiat, massager, jam loceng dll

Pelbagai barangan ada dijual di Eco. Selain mengadakan perkhidmatan printing Eco juga menjual cenderamata spt pluq, stationary, kain ela, Tshirt kanak2 (angry bird, smurf, boboyboy) payung pelbagai warna menarik . Emas korea juga ada dijual di sini sesuai untuk anak2 muda yang gemarkan perhiasan.

Friday, February 1, 2013

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

 setiap pekerja tahu peranan masing2

 senyum walaupun keletihan melayan pelanggan


 kerja dalam pasukan adalah digalakkan

 pendapatan berbaloi dengan keletihan yang dilalui


Time opening dan closing kebersihan diutamakan. Sebelum kedai dibuka ruang dalam kiosk dan semua peralatan dilap agar tiada habuk yang melekat. Time closing memakan masa lebih kurang 40 minit untuk membersihkan peralatan dan ruang yang digunakan. Semua bahan akan disimpan dalam kabinet yang berkunci dan semua peralatan dibersihkan dan dilap kering sebelum disimpan. Lantai disapu dan dimop dengan air panas. Sampah dibuang dan plastik tong sampah ditukar dengan yang baru dan bersih.

CREATE YOUR OWN COOLBLOG SPECIAL




Pelanggan yang kreatif akan mereka resipi mereka sendiri hinggakan air yang dihasilkan berwarna warni dan menyelerakan.

COOLBLOG - HALAL (diiktiraf oleh JAKIM)


Alhamdulillah.....Coolblog Halal dan diiktiraf JAKIM


Pengiktirafan Jakim
Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar AZMAN ASMAYATIM
PERNIAGAAN semakin menguntungkan." Begitulah ungkapan rata-rata peniaga syarikat yang ditemui baru-baru ini, selepas mendapat pengiktirafan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Walaupun ada antara kalangan syarikat tersebut dilihat telah berkembang dan mendapat tempat di negara jiran atau mengambil konsep dari luar, namun kestabilan jenama semata-mata didapati masih belum cukup untuk menarik perhatian pengguna di pasaran.
Malah ada juga yang mengakui kumpulan sasaran pasaran mereka agak terbatas kepada golongan tertentu sahaja di negara ini kerana tidak mempunyai logo halal sebelum ini.
Tinjauan Mega ke Halal Festival 2012 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini mendapati, rata-rata peniaga dan syarikat pengeluar semakin menyedari kepentingan penggunaan logo halal yang diiktiraf oleh Jakim.
Para peniaga syarikat akan berusaha mendapatkan sijil halal yang hanya disahkan oleh Jakim walaupun diakui terpaksa melalui beberapa prosedur yang ditetapkan oleh Jakim dan agak rumit.
Ternyata Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) yang berkuat kuasa pada awal tahun ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peniaga dan sekali gus menganjakkan industri halal negara setapak ke hadapan.
Jurucakap Coolblog Dessert Sdn. Bhd., Muhammad Daniel Koh Abdullah berkata, melihat kepada pasaran tempatan di negara ini yang majoritinya umat Islam, pihaknya membuat permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan halal.
"Kita tahu, kehendak setiap orang adalah berbeza. Kita menubuhkan syarikat ini kerana melihat produk ini masih belum ada dalam pasaran tempatan dan bertujuan untuk memenuhi perbezaa cita rasa ramai .
"Walau bagaimanapun, dalam memenuhi cita rasa itu, kita juga perlu menitikberatkan status halal minuman tersebut kerana masyarakat di negara ini sangat mementingkan produk yang halal.
"Oleh itu, kami berusaha mendapatkan sijil halal bagi memastikan umat Islam turut dapat menikmati produk kami dengan yakin. Ini juga kerana kuasa beli 100 peratus adalah terletak di tangan pengguna," katanya ketika ditemui.
Syarikat minuman segera yang mengambil konsep dari Singapura itu telah beroperasi di negara ini sejak 2008 dan kini mempunyai 220 cawangan di seluruh negara.
Bagi mengekalkan status halal tersebut terjamin, Muhammad Daniel berkata pihaknya akan membuat ujian makmal terhadap setiap produk yang dipasarkan dan memastikan setiap proses kerja dilakukan dengan kemas.
"Pihak penguatkuasa akan membuat pemantauan berkala, jadi syarikat perlu memastikan semua perkhidmatan diuruskan dengan baik sebagaimana yang telah digariskan oleh Jakim dalam menentukan kriteria produk halal.
"Kami akan menghantar setiap jenis produk minuman kami kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ujian makmal setiap tiga bulan," jelasnya.
Berbaloi
Dalam pada itu, Pengurus Pembangunan IceRoom, Vithylinggam Letchumanan berkata, pihaknya amat menitikberatkan soal sumber bahan makanan yang digunakan mestilah halal.
"Sebelum ini saya ingat untuk mendapatkan pengiktirafan sijil halal hanya perlu menjaga kandungan bahan dalam makanan atau produk. Pastikan produk itu tidak bercampur dengan sumber yang haram dalam Islam terutamanya enzim khinzir.
"Rupa-rupanya, kami perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan daripada mula proses pembuatan hingga akhir. Ini termasuk menjaga kebersihan makanan, elakkan daripada percampuran, penyusunan makanan dan sebagainya," katanya.
Katanya lagi, walaupun bukan beragama Islam, tetapi melalui prosedur yang telah ditetapkan tersebut ia jelas menunjukkan betapa kerajaan menitikberatkan penyebaran produk halal di negara ini.
"Untuk mendapat pengiktirafan halal ini bukan mudah. Jadi, kesimpulannya umat Islam tidak perlu bimbang untuk mengambil produk atau makanan yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat jika mempunyai logo halal tersebut.
"Malah, selepas syarikat ini mendapat sijil halal pada awal tahun lalu, pelanggan kita juga semakin ramai dan jualan juga semakin memberangsangkan. Walaupun agak sukar dan memakan masa tetapi tetap berbaloi kerana mendapat pulangan yang lebih baik," jelasnya.
IceRoom telah beroperasi di negara ini sejak 2009 dengan beribu pejabat di Nilai, Negeri Sembilan.

COOL RECOMMEND



 Honey Dew




mango





watermelon


Jagung

oreo smoothies

Pelbagai perisa sudah dirasa. Semuanya sedap dan menyegarkan. Apa tah lagi kalau ditambah dengan pearl dan jelly sebagai topping. Kalau nak jaga body biar maintain bolehlah cuba minuman ini plus pearl kerana apabila kita lapar perut akan menjadi kenyang dan tak perlu mencari nasi lagi yang boleh menyumbang kepada obes. Bahan yang digunakan semuanya berkhasiat, baik dan HALAL. Harga juga berpatutan dan affordable.

FIRST STOCK ARRIVED

 freezer dan tong ais


 bilik tengah terpaksa dikorban untuk menyimpan stok

 ruang dapur kering juga dimenfaatkan


landing di ruang tamu sementara mencari tempat yang sesuai

Stok pertama dan peralatan untuk memulakan perniagaan sampai ke destinasi. Oleh kerana ketiadaan stor khas untuk menyimpan stok maka terpaksalahlah rumah sendiri menjadi lokasi tempat landing sementara. Tak apalah itulah adat orang berniaga yang bermula dari bawah memenfaatkan ruang dan peluang yang ada.

2ND OULET FOR EBY MUTIARA - COOLBLOG KIOSK



Was officially opened on the 25th of October 2012 (Thursday) at 3.00 pm.